Page 80 - PSPKK 2018-2025
P. 80
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Sistem dan Prosedur Kerja
Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Sistem
dan prosedur yang cepat dan cekap dapat meningkatkan tahap keberkesanan warga kerja dan organisasi.
Pemantapan Tadbir Urus
Tumpuan utama kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan awam. Pelaksanaan tadbir urus yang baik adalah penting bagi memastikan sistem
penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat dicapai. Pendekatan yang mengutamakan tadbir urus
yang baik adalah cerminan kepada tindak balas terhadap cabaran dan tuntutan kesan daripada kepesatan
perubahan yang berlaku tanpa batasan.
Dalam mencapai keberkesanan penyampaian yang lebih berkesan, pengoptimuman penggunaan sumber
dan kepakaran melalui konsep lean management dapat diaplikasikan agar menghasilkan penjimatan
perbelanjaan, memudahkan artikulasi pembelajaran dan memperluas liputan penawaran program TVET,
seterusnya meningkatkan daya tarikan TVET sebagai laluan kerjaya bagi lepasan menengah.
Sokongan dan Kerjasama Pelbagai Pihak
Sokongan dan kerjasama daripada pihak berkepentingan (stakeholders), agensi-agensi kerajaan dan pihak
swasta adalah amat penting dalam menjayakan Pelan Strategik yang dirancang. Tanpa sokongan dan
kerjasama pelbagai pihak adalah sukar untuk menentukan hala tuju dalam mencapai matlamat yang telah
disasarkan oleh organisasi.
69