Page 83 - PSPKK 2018-2025
P. 83
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
KAEDAH PELAKSANAAN
Kejayaan Pelan Strategik ini amat bergantung kepada kaedah pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan. Antara
pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
aktiviti hebahan kesedaran secara komunikasi strategik kepada warga politeknik dan kolej komuniti melalui
seminar, mesyuarat, jerayawara, media-media sosial dan media-media lain bersesuaian; dan
Penerapan inisiatif Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti dalam Perancangan Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) JPPKK, Politeknik dan Kolej Komuniti untuk mencapai visi yang ditetapkan.
Pemantauan hendaklah diadakan secara berkala dan penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan
supaya JPPKK, politeknik dan kolej komuniti sentiasa berada pada hala tuju sebenar. Dalam memastikan setiap
peringkat di JPPKK, politeknik dan kolej komuniti memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, strategi
dan pelan tindakan yang dirangka akan dipantau dan disemak semula mengikut jadual perancangan seperti di
Paparan 1. Penilaian pencapaian akan dijalankan setiap enam (6) bulan, manakala kajian semakan semula akan dibuat
pada tahun 2020 yang akan mengambil kira senario dan cabaran semasa.
Bil Perkara Tarikh Cadangan
1 Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap enam (6) bulan
2 Penilaian Keberkesanan dan Semakan Semula 2020
Paparan 1: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik
Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) merupakan rujukan utama semua warga untuk mencapai
matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Dalam tempoh pelaksanaan Pelan Strategik ini, elemen pemantauan dan
penambahbaikan akan diberi perhatian dari semasa ke semasa. Justeru, pemantauan terhadap pelaksanaannya akan
dibuat oleh satu Jawatankuasa Pemantauan Pelan Strategik sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat
Pengurusan JPPKK.
Bagi program yang tidak mencapai sasaran, pasukan petugas khas (taskforce) diwujudkan bagi memastikan sasaran
tercapai seperti yang ditetapkan dan kajian semula pelan strategik akan dilaksanakan terhadap penambahbaikan ke
arah keberhasilan berimpak tinggi.
71