PENGENALAN
Pada tahun 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri yang bertarikh 18 September 2019 melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju agar 5 Oktober setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Akademia dan bulan Oktober setiap tahun sebagai Bulan Akademia. Selain itu, Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.23/2019 bertarikh 2 Oktober 2019 telah menggalakkan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut mengadakan Sambutan Hari Akademia bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pendidik dalam melahirkan modal insan negara.
Pada tahun ini, buat pertama kalinya, JPPKK akan melaksanakan Sambutan Hari Akademia peringkat JPPKK dan kemuncak sambutan adalah dengan mengadakan AA JPPKK iaitu satu platform yang bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada PPPT tidak kira yang berkhidmat di peringkat jabatan, politeknik mahupun kolej komuniti. AA JPPKK yang bakal diperkenalkan ini akan memberi penghargaan kepada PPPT yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti Kesukarelawanan, Sukan dan Kokurikulum, Keusahawanan, Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Penyelidikan dan Inovasi, Penerbitan, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolaborasi, Pensyarah Harapan dan Cemerlang serta Tokoh Akademia TVET. Pencapaian yang telah diperoleh ini bukan sahaja mampu mengharumkan nama institusi sekaligus JPPKK.
OBJEKTIF
Objektif utama yang ingin dicapai menerusi AA JPPKK adalah bagi:
i. mengiktiraf pencapaian dan sumbangan PPPT;
ii. mengangkat martabat kerjaya PPPT; dan
iii. menjadi pemangkin kepada PPPT untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.