
SEBAHAGIAN peserta menyertai Kursus Kecergasan Siri 1/2019 dan Hari Keluarga di Kampung Pantai Pulai, Gunung Baling, Kedah baru-baru ini.
ERAT. Kira-kira 60 peserta menyertai Kursus Kecergasan Siri 1/2019 dan Hari Keluarga di Kampung Pantai Pulai, Gunung Baling, Kedah baru-baru ini.
Program itu merupakan anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah bersama Persatuan Mata Hati Malaysia.
Menurut Penyelaras Program, Nurul Azyra Said @ Idrus, program tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan ahli keluarga selain menyemarakkan kerjasama serta menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
Sumber : KOSMO