Penyanyi Esther Clement Tubong dilihat sering memuatnaik gambar kek hasil tangannya, terfikir pula adakah dia sudah beralih bidang dan tidak lagi meneruskan kerjaya seni?

Untuk mengetahui cerita sebenar FH Media telah menghubunginya dan memberitahu dia kini aktif membuat kek dan menjual kek.

"Tahun 2020 ini  tahun yang paling mencabar buat kita semua, mengharap 'Job' kadang ada, kadang tiada, apalagi pada tahun ini langsung tiada apa-apa panggilan untuk buat persembahan.

"Kebetulan saya suka membuat kek dan kebetulan sebetlum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya ada mengikuti kelas pembikinan kek di Kolej Komuniti Penampang.