Kepala Batas, 5 April - Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) menggalakkan lebih ramai pemain industri automotif mengikut kursu Pensijilan Profesional Hibrid dan Elektrik Tahap 4 di Kolej Komuniti Kepala Batas, yang merupakan satu-satunya kursus Tahap 4 yang ditawarkan di luar dari United Kingdom dan Ireland.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mansor Othman  berkata Kolej Komuniti Kepala Batas telah diiktiraf sebagai  'Approved Centre' oleh Institute of The Motor Industry (IM) dari United Kingdom, yang turut memfokuskan kepada bidang khusus dengan menawarkan pensijilan Profesional Hibrid dan Eletktrik Tahap 1 hingga 3.

"Pensijilan Tahap 4 dijangka mula ditawarkan pada suku ketiga tahun ini dengan sumbangan sebuah kereta elektrik kepada Kolej Komuniti Kepala Batas oleh pihak industri iaitu syarikat MILI Auto & Hybrid Service Sdn. Bhd, " katanye kepada pemberita ketika menghadiri Program Jelajah Malaysia Prihatin di Kolej KOmuniti Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata Kolej Komuniti Kepala Batas telah menawarkan kursus Tahap 1 hingga Tahap 3 bermula dari 2014 dan setakat tahun lepas telah mendaftarkan seramai 927 peserta kursus automotif dari dalam dan luar negara  antaranya Singapura, Bangladesh, Romania, Mauritius dan United Kingdom.

Mansor berkata penawaran kursus ini dijangka dapat menarik minat ramai lagi pemain industri automotif di dalam dan luar negara memandangkan kos untuk mengikuti kursus itu lebih murah di Malaysia berbanding di United Kingdom dan Ireland dan peserta juga berkelayakan untuk bekerja di luar negara kerana sijil yang diperolehi bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, pengasas MILI Auto & Hybrid Service Sdn Bhd Mohd Farid Abu Manaf yang pernah mengikuti kursus Tahap 1 hingga Tahap 3 di kolej berkenaan 3 tahun lepas turut menggalakan pemilik bengkel untuk menyertai kursus itu sebagai nilai tambah kepada perniagaan mereka.

" Sebelum mengikut kursus ini, saya hanya mengendalikan bengkel kereta biasa, selepas mendapat sijil ini, saya membula memberi servis kepada pemilik kenderaan elektrik dan hybrid dan hasil penjualan meningkat sebanyak 300 peratus tambahan pula kita sangat kurang tenaga mahir dalam bidang kenderaan jenis ini, " katanya.

- BERNAMA