27 Julai 2022, JPPKK - Telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah TikTok Challenge TVET @ PolyCC di Studio JPPKK. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK. Dalam majlis itu, Puan Noranyza telah menyampaikan hadiah berupa wang tunai dan trofi kepada pemenang.

  

 Tempat Pertama
Zairi Bin Abdul Aziz
Kolej Komuniti Rompin

 

Tempat Kedua
Muhammad Shukri Bin Abu Bakar
Politeknik Ungku Omar

 

Tempat Ketiga
Muhammad Hashim Bin A Rahman
Politeknik Mersing

 

Pemenang Video Kreatif
Jayson Foong Chuang Keat
Kolej Komuniti Beaufort

 

Pemenang Like Terbanyak
Marsya Firsyamina Binti Muzaffar
Kolej Komuniti Bayan Baru

 

Pemenang Share Terbanyak
Muhammad Irfan Hakimi Bin Nazri
Kolej Komuniti Ledang

Penyertaan Terbanyak Institusi
Kolej Komuniti Tambunan

 

Pertandingan ini bertemakan 'Life @ PolyCC'. Peserta telah menyiapkan video TikTok dengan memaparkan kehidupan dan suasana pembelajaran di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC). Tempoh pertandingan ini adalah bermula pada 13 Jun sehingga 21 Jun 2022.

Turut hadir dalam majlis itu, Encik Mohd Sahran @ Awang bin Mohidin, Ketua Komunikasi Korporat JPPKK , Encik Amalulkhair bin Sarbini, Timbalan Pengarah Unit Ambilan Pelajar JPPKK serta Encik Mohd Asri bin Ngalim, Pengarah Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang merupakan pengajur bersama bagi pertandingan ini.

 
Kemaskini pada : 27 Julai 2022 (11.00 malam)