Page 16 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 16

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                          e.  Menggalak dan mempromosikan penggunaan media sosial JPPKK.

                          f.  Menapis komen/ penyataan/ maklumat daripada pengguna.
                          g.  Menghapuskan  pautan/  iklan/  perkhidmatan  yang  ditawarkan  oleh  pihak

                              luar yang sama sekali tidak berkaitan dengan Kerajaan serta mewujudkan

                              pautan  kepada  blog/  laman  web/  media  sosial  yang  berkaitan  dengan
                              JPPKK atau Kerajaan sahaja.

                   6.  Perkongsian berita/ program/ aktiviti politeknik dan kolej komuniti di media sosial
                       rasmi.

                       a.  Unit/  bahagian/  politeknik  dan  kolej  komuniti  perlu  memberikan  ‘link’  media
                          rasmi  masing-masing  kepada  pengendali  media  sosial  rasmi  JPPKK  bagi

                          tujuan  pemantauan  berkala,  kemaskini  media  sosial  rasmi  unit/  bahagian/

                          politeknik/ kolej komuniti boleh dihantar ke alamat email ukkmedia@gmail.com
                          atau ukk.jppkk@moe.gov.my.

                       b.  Pengendali media sosial JPPKK akan berkongsi berita/ program/ aktiviti yang
                          mengikut kriteria perkara no. 4.

                       c.  Penggunaan ‘hashtag’ juga adalah merupakan salah satu enjin pencarian di
                          media sosial dan memudahkan orang awam mencari informasi.  Berikut adalah

                          contoh ‘hashtag’ yang pernah digunakan:-

                          #politeknikmalaysia #kolejkomunitimalaysia
                       d.  Pihak  bahagian/  unit/  politeknik  dan  kolej  komuniti  disarankan  untuk

                          menggunakan ‘hashtag’, seperti:-

                          i.     Unit: #unitkeusahawanan
                          ii.    Bahagian: #bahagianakademik

                          iii.   Kolej Komuniti: #kolejkomunitisegamat













                                                                                                           16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21