Page 15 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 15

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

               4.      Politeknik/ kolej komuniti bertanggungjawab menyampaikan bahan/ artikel kepada

                       UKK JPPKK bagi tujuan hebahan di media sosial:
                       a.  PRO  perlu  menghantar  lima  keping  gambar  beresolusi  tinggi  atau  video

                          tentang  program/  aktiviti  rasmi  yang  berimpak  tinggi/  kebangsaan/

                          antarabangsa telah dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh aktiviti
                          berlangsung melalui Whatsapp ataupun Telegram.

                       b.  Pemilihan foto/ video adalah berdasarkan kriteria berikut:
                          i.  Foto/  video  yang  menunjukkan  pelaksanaan  program/  aktiviti  JPPKK

                              secara profesional dan mempamerkan wajah-wajah VVIP yang hadir.
                          ii.  Foto/ video hendaklah disertakan dengan penerangan (kapsyen).

                          iii.  Foto/ video yang boleh meningkatkan imej politeknik dan kolej komuniti.

                          iv.  Foto/ video yang dapat mempromosikan politeknik dan kolej komuniti.
                          v.  Foto/ video hendaklah jelas (sharp) iaitu beresolusi tinggi. Contoh: bahan/

                              artikel surat khabar perlu diimbas terlebih dahulu sebelum dimuat naik.
                       c.  Foto/ video yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:

                          i.  Foto/ video yang tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan program/ aktiviti.
                              Contoh:  Program  ceramah  tetapi  foto  menunjukkan  pegawai  sedang

                              menikmati jamuan.

                          ii.  Foto / video yang boleh menjejaskan imej dan etika pegawai. Contoh: Foto
                              pegawai dengan mata terpejam, menggaru atau sedang menguap.

                          iii.  Foto / video yang diambil dari sudut yang tidak sesuai. Contoh: Bilik seminar

                              yang kosong.
                          iv.  Bahan / artikel surat khabar yang dimuat naik terus dari telefon bimbit.

               5.      Pasukan  Pengendali  Media  Sosial  JPPKK  diketuai  oleh  Ketua  Unit,  UKK
                       bertanggungjawab untuk:

                          a.  Menyemak  dan  mengemaskini  kandungan  media  sosial  JPPKK  secara
                              berterusan.

                          b.  Menyemak dan memilih foto/ video yang sesuai untuk dimuat naik.

                          c.  Memberi  maklum  balas  kepada  pertanyaan  dengan  serta-merta  selepas
                              menerima input berkaitan.

                          d.  Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya.


                                                                                                           15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20