Page 14 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 14
Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
PENGURUSAN MEDIA SOSIAL RASMI
Latar belakang
1. Pengurusan media sosial merupakan salah satu strategi komunikasi yang paling
berkesan dalam memperkukuhkan strategi promosi dan penyampaian info terkini
Politeknik dan Kolej Komuniti.
2. Penggunaan media sosial dapat menyebarluas informasi di samping membina
imej Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pelaksanaan
1. Setiap PRO perlu menggunakan media sosial secara proaktif dalam
menyebarluaskan informasi berkenaan Politeknik dan Kolej Komuniti.
2. Beberapa prosedur telah ditetapkan bagi memperkukuh lagi strategi penyampaian
melalui media sosial rasmi. Pengukuhan strategi meliputi tatacara dan kriteria
pemilihan yang telah ditetapkan JPPKK. Media sosial rasmi JPPKK:
Instagram : politeknikmalaysia dan kolejkomunitiHQ
Facebook : politeknik.edu dan kolejkomunitiHQ
Twitter : politeknikmalaysia dan kolejkomunitiHQ
3. Tatacara dan kriteria pemilihan kandungan berita / bahan / melalui media sosial
rasmi Jabatan adalah seperti berikut:
a. Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya.
b. Memastikan setiap komen / pernyataan / maklumat yang dikongsi:
i. Tidak menjejaskan imej kerajaan
ii. Tidak bercanggah dengan dasar kerajaan
iii. Tidak mengandungi maklumat rahsia dan isu-isu sensitif yang boleh
menyentuh sensitiviti umum seperti agama, politik dan perkauman
iv. Tidak mengandungi unsur lucah
c. Sebarang pengumuman rasmi JPPKK / KPM atau agensi luar perlu dimuat naik
di media rasmi JPPKK seterusnya dikongsi oleh politeknik / kolej komuniti
dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
d. PRO perlu menyemak setiap bahan hebahan yang akan dimuat naik.
14