Page 11 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 11

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                                     LAMPIRAN 2: NOTA KEPADA PENGARANG









                                               NOTA KEPADA PENGARANG

               Meja Pengarang / Editor
               Tuan / Puan,


               JEMPUTAN  LIPUTAN  MEDIA  KE  MAJLIS  PERASMIAN  PROGRAM  PEMBELAJARAN
               SEPANJANG  HAYAT  (PSH)  DAN  PENGOPERASIAN  PREMIS  SEMENTARA  KOLEJ
               KOMUNITI SIMPANG RENGGAM, KLUANG

               2.      Sukacita  dimaklumkan  bahawa  Jabatan  Pendidikan  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti
               (JPPKK) akan mengadakan majlis perasmian Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
               dan  pengoperasian  premis  sementara  Kolej  Komuniti  Smpang  Renggam,  Kluang.  Ketetapan
               majlis ini adalah seperti berikut:

                              Tarikh        :      14 April 2019 (Ahad)
                              Masa          :      3.30 petang
                              Lokasi        :      Pusat Kegiatan Guru (PKG),
                                                   Bandar Renggam, Kluang

               3.      Program yang akan dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
               turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Ketua Pengarah Jabatan
               Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan.

               4.      Sehubungan itu, pihak tuan / puan dengan segala hormatnya dijemput hadir dan membuat
               liputan pada majlis tersebut. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi  Encik Khairil
               Anwar  di  talian  012  952  5352.  Bagi  pihak  penganjur,  kehadiran  rakan  media  memberikan
               publisiti dan promosi didahului dengan ucapan terima kasih.

               Sekian.

               Unit Komunikasi & Hubungan Korporat
               Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
               Tel : 03-88919274
               Fax : 03-88919301
               Web            : www.politeknik.edu.my/
               Facebook       : www.facebook.com/politeknik.edu
               Twitter        : www.twitter.com/politeknik_edu



                                                                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16