Page 9 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 9
Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
7. Penafian Melalui Media
Bagi menafikan informasi melalui media, penafian hanya boleh dikeluarkan oleh
UKK JPPKK.
8. Memastikan Kehadiran Media
Menghubungi pihak media sehari sebelum majlis/ program berlangsung bagi
memastikan kehadiran berdasarkan jemputan yang telah dikeluarkan.
9. Publisiti Media
Program / majlis utama dan berimpak tinggi yang bakal dilaksanakan perlu
mendapat publisiti media. Penulisan program yang akan diterbitkan sebagai
‘advertorial’ atau kenyataan media perlu dihantar kepada UKK JPPKK, dua (2)
minggu sebelum majlis / program sebelum majlis berlangsung untuk tujuan
verifikasi.
10. Publisiti Tanpa Melalui UKK JPPKK
Bahan promosi aktiviti / majlis perlu dimuat naik di media sosial dan laman
sesawang politeknik / kolej komuniti selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum
program berlangsung.
11. Fotografi
Gambar pelaksanaan program perlu diambil oleh jurufoto rasmi organisasi
terutama program / aktiviti utama dan berskala besar. Ianya perlu didokumentasi /
disimpan sebagai sumber rujukan dan arkib rasmi organisasi.
12. ‘Write – Up’ kepada Pihak Media
Setiap aktiviti / majlis / program perlu didokumentasikan dan dihantar kepada
pihak media sekiranya pihak media tidak hadir sewaktu program berlangsung.
9