Page 10 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 10

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                                             LAMPIRAN 1: SIARAN MEDIA












                                                     SIARAN MEDIA


                  YASSIN HOUR @ POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN
                                 JUBLI EMAS PENUBUHAN POLITEKNIK MALAYSIA



               Putrajaya, 4 April - Politeknik Malaysia bakal menyambut Jubli Emas, ulang tahun ke-50

               pada  bulan  April  ini.  Untuk  itu,  berbagai  program  dan  aktiviti  diadakan  oleh  Jabatan
               Pendidikan  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  dalam  mempromosi  dan  memperingati

               sambutan ulang tahun ke-50 ini.


               Antara  aktiviti  yang  diadakan  adalah  program  Yassin  Hour  @  Politeknik  dan  Kolej

               Komuniti Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Politeknik Malaysia sebagai tanda
               penghargaan dan kesyukuran. Program bacaan yassin ini diadakan serentak di seluruh

               Negara  yang  melibatkan  36  politeknik  dan  99  buah  kolej  komuniti  bermula  pada  jam
               10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.


               Kehadiran para hadirin yang akan membaca surah yassin secara beramai-ramai ini akan

               direkodkan  dengan  QR  code.  Sasaran  hadirin  yang  hadir  untuk  membacakan  surah
               yassin ini adalah seramai 50,000 orang. Politeknik dan Kolej Komuniti masing-masing

               akan  menjemput  tetamu  khas  mereka  untuk  mengikuti  program  bacaan  Yassin  ini  di
               kawasan kampus mereka.



               Putrajaya
               Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
               4 April 2019




                                                                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15