Page 7 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 7
Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
i. Siaran media boleh dihantar melalui faks atau e-mel dan disertakan
sekali di dalam press kit (kit media).
3.2 Selaraskan kaedah permulaan siaran media seperti berikut:
a. Fakta paling penting hendaklah ditulis pada dua atau tiga perenggan
teratas dan ia saling berkaitan.
b. Fakta yang tidak penting ditulis pada perenggan urutan terbawah
(konsep piramid terbalik).
c. Tulis ejaan sesuatu nama untuk penggunaan kali pertama seperti Kolej
Komuniti Segamat 2, disusuli (KKS2). Perenggan berikutnya hendaklah
menggunakan nama singkatan KKS2 sahaja. Kaedah ini boleh
digunakan untuk pertubuhan atau organisasi yang lain.
d. Gunakan petikan dialog yang menarik seperti struktur contoh ini: “Kita
mahu menjadikan kolej komuniti sebagai pusat melahirkan juara,” kata
Ketua Pengarah.
e. Nama jawatan perlu ditulis sebelum namanya.
f. Ayat perlu ringkas, padat dan tidak membazir.
g. Jika rangkap mengandungi maklumat yang kompleks, ia perlu
dimudahkan dengan membuat tafsiran baru, kecuali dialog.
h. Elakkan daripada menggunakan tanda koma yang banyak atau kata
penghubung seperti dan, serta dalam satu ayat.
i. Siaran media bukan teks ucapan, tesis dan jurnal. Bahasanya perlu
terus dan ringkas. Siaran media tidak memerlukan gaya bahasa indah
seperti: dengan kata lain, ini akan menimbulkan, justeru, sewajarnya,
berdasarkan faktor tersebut dan seumpamanya.
j. Gunakan teknik dua ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan
menggunakan perkataan ʼyangʼ dan ʼdanʼ kerana satu ayat mewakili
satu rangkap.
k. Perenggan sebaik-baiknya mempunyai tiga hingga empat baris serta
tidak mengandungi lebih daripada lima baris.
** Format adalah seperti di Lampiran 1
7