Page 3 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 3
Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
GARIS PANDUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM (PRO)
POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
Tujuan
1. Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Politeknik dan Kolej Komuniti
ini disediakan sebagai rujukan dan panduan dalam penyelarasan tugasan PRO di
Politeknik dan Kolej Komuniti.
2. Punca kuasa penyediaan Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti ini
adalah berdasarkan Jadual Tugas PRO di Kementerian / Jabatan dalam Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1982.
Latar belakang
1. Perhubungan Awam merupakan tunjang atau nadi dalam sesebuah organisasi. Ia
merupakan suatu proses pengukuhan identiti dan imej organisasi yang berterusan
di samping melindungi organisasi sekiranya berlakunya krisis pengurusan.
2. Menurut IPRA (Institut Perhubungan Awam Antarabangsa), Perhubungan Awam
ditakrifkan sebagai “Suatu tugas pengurusan yang bersifat berterusan dan
terancang yang diusahakan organisasi bagi menjalin dan mengekalkan
kefahaman, simpati dan sokongan daripada sesiapa sahaja yang berkaitan
dengan organisasi dan menilai pendapat awam mengenai organisasi supaya
dapat menyelaraskan seberapa boleh dasar dan peraturan mereka, melalui
sebaran meluas informasi yang dirancang demi mendapatkan kerjasama yang
lebih berhasil serta penyelesaian yang lebih berkesan untuk kebaikan bersama.”
Rasional
1. Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti ini merupakan usaha
berterusan untuk meningkatkan keberkesanan PRO dan kefahaman terhadap
peranan dan tanggungjawab dalam pembentukan imej korporat Jabatan.
2. Ketidakselarasan dan kecelaruan tugasan PRO akan mencetuskan implikasi ke
atas penyampaian perkhidmatan dalam pembentukan imej Jabatan.
3