Page 8 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 8

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                   4.  Nota Kepada Pengarang (NE) / Jemputan Media

                       a.  Nota kepada pengarang (NE) / jemputan media bagi majlis / program yang
                          dirasmikan oleh YB Menteri / YB Timbalan Menteri / Ketua Setiausaha KPM /

                          Ketua Pengarah JPPKK, perlu melalui UKK JPPKK.

                             i.   Majlis / program yang dirasmikan oleh YB Menteri / YB Timbalan Menteri
                                 /  Ketua  Setiausaha  KPM,  jemputan  akan  dikeluarkan  oleh  Unit

                                 Komunikasi Korporat, KPM; manakala
                            ii.   Majlis  /  program  yang  dirasmikan  oleh  Ketua  Pengarah  JPPKK,

                                 jemputan  akan  dikeluarkan  oleh  Unit  Komunikasi  dan  Hubungan
                                 Korporat, JPPKK.

                       b.  NE / jemputan media bagi majlis / program yang dirasmikan oleh perasmi di

                          peringkat  Institusi,  jemputan  media  adalah  daripada  pihak  politeknik  /  kolej
                          komuniti.

                       c.  NE / jemputan media sebaik-baiknya dibuat lima (5) hari sebelum program /
                          majlis berlangsung.

                          **Format adalah seperti di Lampiran 2


                   5.  Penyediaan Press Kit

                       Press  kit  perlu  disediakan  bagi  setiap  majlis  /  program  yang  melibatkan  pihak
                       media untuk memudahkan wartawan menyediakan ‘write-up’ berdasarkan fakta

                       yang dikeluarkan oleh pihak institusi.


                   6.  Pengurusan Media

                       a.  Membantu pihak media semasa aktiviti / majlis / program berlangsung.
                       b.  Membuka kaunter pendaftaran media.

                       c.  Menyelaraskan keperluan pihak Media seperti makan minum dan peralatan
                          yang diperlukan.

                       d.  Mewujudkan  pusat  media  sekiranya  perlu  seperti  bencana,  krisis,  program

                          berimpak tinggi dan lain-lain.
                       e.  Menguruskan  sidang  media  jika  perlu  (hanya  perasmi  terdiri  daripada

                          pengurusan tertinggi JPPKK / Kementerian)


                                                                                                            8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13