Page 61 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 61

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                                        PENGURUSAN PAMERAN INTERAKTIF


               Latar belakang
               1.      Pengurusan pameran interaktif merupakan salah satu medium yang amat penting

                       dalam menyampaikan informasi berkenaan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia

                       dan mengukuhkan hubungan dengan pemegang taruh.
               2.      Pengurusan pameran secara interaktif dapat membina imej Politeknik dan Kolej

                       Komuniti Malaysia  sebagai peneraju komuniti dalam bidang latihan, pendidikan
                       dan kemahiran.


               Pelaksanaan

               1.      PRO bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaraskan program dan aktiviti

                       bagi  pameran  interaktif  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  Malaysia.  Ianya  meliputi
                       penyertaan aktiviti pameran di peringkat sekolah, jabatan dan agensi.

               2.      Beberapa  proses  kerja  pengurusan  perlu  dilakukan  seperti  memberikan

                       persetujuan  kepada  pihak  penganjur,  menyelaras  aktiviti interaktif dan petugas
                       pameran interaktif, menyediakan bahan-bahan promosi dan lain-lain lagi.






























                                                                                                           61
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66