Page 56 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 56

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

               SEMASA MAJLIS/ACARA


               13.     Urus Setia / Jawatankuasa Sentiasa Bersiap Siaga

                       a.     Jawatankuasa pelaksanaan memastikan perkara di dalam senarai semak

                              dilaksanakan;
                       b.     Bertindak  dan  membuat  keputusan  sekiranya  berlaku  sesuatu  di  luar

                              jangkaan seperti berikut;
                              i.     Keputusan dibuat dengan pantas;

                              ii.    Mengutamakan perancangan alternatif dahulu sekiranya sesuai;
                              iii.   Membuat  keputusan  baru  bagi  mengurangkan  kecacatan  majlis  /

                                     acara sekiranya majlis / acara boleh diteruskan; dan

                              iv.    Tindakan yang dibuat adalah sesuai dan rasional semasa majlis /
                                     acara dan mempunyai urus setia dan petugas serta peralatan yang

                                     mencukupi.
                       c.     Atur  cara  dan  skrip  Pengacara  Majlis  hendaklah  sentiasa  dipantau  bagi

                              memastikan pergerakan majlis / acara seperti yang dirancang.
                       d.     Sambut tiba dan balik.

                              Perkara yang perlu dititikberatkan dalam sambutan adalah:

                                i.   Pembuka pintu kereta tetamu kehormat;
                                ii.   Penyambut tetamu kehormat;

                               iii.   Tugas pengerusi Jawatankuasa Induk/Penganjur;

                               iv.   Pembawa jambangan bunga;
                                v.   Tempat parkir tetamu kehormat;

                               vi.   Bilik menunggu khas tetamu kehormat; dan
                              vii.   Susunan kereta tetamu kehormat apabila majlis/acara berakhir.

                       e.     Penyambut tetamu
                              Antara tugas seorang penyambut tetamu adalah:

                                i.   Meyambut ketibaan tetamu;

                                ii.   Mengedarkan buku program;





                                                                                                           56
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61