Page 51 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 51

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                              3.     Perkara-perkara mustahak yang perlu diberi perhatian khusus:

                                     i.     Aspek  teknikal  (sistem  audio,  mekanisme  perasmian,
                                            kedudukan logistik dan lain-lain);

                                     ii.    Kesesuaian (pengisian, pergerakan VVIP dan lain-lain);

                                     iii.   Alternatif (perancangan lain sekiranya sesuatu gagal);
                                     iv.    Kehadiran khalayak /j emputan ke majlis / acara;

                                     v.     Pelan  alternatif  sekiranya  berlaku  gangguan  cuaca  seperti
                                            hujan lebat dan rebut petir;

                                     vi.    Majlis / acara rasmi yang dilaksanakan pada sebelah malam
                                            hendaklah ditamatkan seboleh-bolehnya pada 10.30 malam

                                            selaras dengan keputusan Jemaah Menteri; dan

                                     vii.   Penerapan nilai-nilai Islam seperti menghormati hari Jumaat,
                                            waktu solat dan ucapan salam.


                              i.     Kehadiran Khalayak

                                     Kehadiran  tetamu  sesebuah  majlis  /  acara  yang  dianjurkan
                                     dipengaruhi oleh faktor berikut:

                                            i.     Pengisian  majlis  /  acara  (contoh:  persembahan

                                                   menarik artis, penceramah terkenal dan jualan murah);
                                            iii.   Logistik dan kemudahan (contoh: masa, tempat letak

                                                   kereta, lokasi dan pengangkutan);

                                            iv.    Keadaan  semasa  majlis  /  acara  yang  sedang
                                            berlangsung;

                                            v.     Minat dan kegemaran; dan
                                            vi.    Promosi


                              j.     Buku atur cara majlis

                                     Buku    ini  mengandungi  maklumat  berkenaan  majlis  /  acara  yang

                                     diadakan. Antara maklumat yang terkandung dalam buku atur cara
                                     ialah:

                                            i.     Kata alu-aluan dan potret tetamu kehormat;


                                                                                                           51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56