Page 50 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 50

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                       h.     Raptai

                              Perlu diingatkan sekecil mana pun sebuah majlis / acara yang dibuat, raptai
                              mesti  diadakan.  Bagi  sebuah  majlis/acara  rasmi  dan  berskala  besar,

                              mengadakan taklimat raptai dan raptai penuh adalah satu kewajipan bagi

                              memastikan  tiada  masalah  berlaku  semasa  majlis/acara  terutamanya
                              dalam aspek teknikal dan kesesuaian.


                              1.     Tujuan Raptai

                                     i.     Menjelaskan        Pegawai        dan      Petugas       dengan
                                            bertanggungjawab masing-masing;

                                     ii.    Menentukan susunan pengisian majlis / acara;

                                     iii.   Menjangka masa dengan lebih tepat;
                                     iv.    Sebagai  medium  untuk  memperbaiki  kelemahan  /  masalah

                                            yang ada; dan
                                     v.     Menyelaras majlis / acara yang dirancang dan membiasakan

                                            petugas-petugas dengan lokasi dan keadaan sebenar.


                              2.     Jenis-jenis Raptai

                                     i.     Kelompok
                                            Raptai  ini  diadakan  secara  segmen  atau  berdasarkan  satu

                                            aktiviti pengisian majlis / acara sahaja.

                                     ii.    Biasa
                                            Raptai  ini  menyentuh  dan  merangkumi  semua  aktiviti

                                            pengisian dalam sebuah majlis / acara
                                     iii.   Penuh

                                            Juga  dikenali  sebagai  Full  Dress  /  Full  Scale  Rehearsal.
                                            Raptai diadakan seolah-olah hari kejadian (mengikut waktu

                                            dan lokasi sebenar)







                                                                                                           50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55