Page 48 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 48

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                              2.     Antara kegunaannya adalah:

                                     i.     Panduan  untuk  melihat  majlis  /  acara  berjalan  mengikut
                                            perancangan;

                                     ii.    Panduan semua Pegawai / Petugas melaksanakan tugas dan

                                            rujukan untuk sesi raptai;
                                     iii.   Panduan  untuk  Pegawai  Atasan  /  Ketua  Penyelaras

                                            mengetahui status sebenar perjalanan majlis / acara;
                                     iv.    Sebagai rujukan dan medium penambahbaikan pada masa

                                            hadapan; dan
                                       v.   Bagi  majlis  /  acara  yang  mempunyai  persembahan  yang

                                            kompleks, atur cara persembahan perlulah disediakan.


                       e.     Pengacara Majlis

                              1.     Pengacara       Majlis    secara      umumnya       bertanggungjawab
                                     mengendalikan  sesuatu  majlis  /  acara  dari  permulaan  hingga

                                     selesai. Kelancaran  perjalanan  sesuatu majlis  /  acara  bergantung
                                     kepada kebolehan dan kemahiran seseorang Pengacara Majlis.



                              2.     Antara tugas-tugas Pengacara Majlis ialah:
                                     i.     Menyediakan teks Pengacara Majlis dan perlu disemak oleh

                                            penganjur;

                                     ii.    Mengendali dan mengawal perjalanan majlis / acara;
                                     iii.   Membuat pengumuman;

                                     iv.    Memberikan panduan kepada tetamu;
                                     v.     Menyemak panggilan hormat berdasarkan kepada kehadiran

                                            tetamu kehormat;


                       f.     Pembaca Doa

                              Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba (manusia) kepada Allah
                              dengan hati yang ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah (pertolongan)

                              dan juga dijauhkan dari bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu.


                                                                                                           48
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53