Page 49 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 49
Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
i. Pembaca Doa bagi majlis / acara di peringkat Persekutuan
yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, doa hendaklah dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti
Wilayah Persekutuan;
ii. Pembaca Doa bagi majlis / acara di peringkat Negeri yang
dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa
hendaklah dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri atau
Timbalan Mufti atau amalan yang biasa diguna pakai oleh
Negeri tersebut;
iii. Pembacaan doa adalah dikecualikan sekiranya sesuatu
majlis/acara ada unsur-unsur hiburan yang melalaikan dan
menyalahi syara’;dan
iv. Bagi majlis-majlis / acara-acara lain, Pembaca Doa boleh
dilantik dari kalangan mereka yang layak.
g. Ucapan
Ia perlu dihadkan kepada dua (2) orang sahaja (mengikut kesesuaian majlis
/ acara) dengan dimulai oleh ucapan tuan rumah dan diakhiri dengan
ucapan oleh tetamu kehormat yang tertinggi / VVIP Utama. Ini tidak terpakai
bagi majlis / acara sesi dialog, bicara eksekutif, forum atau majlis / acara
yang mempunyai konsep yang serupa.
1. Jenis:
i. Ucapan alu-aluan; dan
ii. Ucapan perasmian.
2. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan ucapan:
i. Senarai panggilan hormat (salutasi) perlulah disediakan oleh
urus setia berdasarkan susunan protokol terkini; dan
ii. Mengambil kira masa yang diperuntukkan.
49