Page 52 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 52

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                                            ii.    Objektif;

                                            iii.   Atur cara;
                                            iv.    Maklumat tema dan sambutan;

                                            v.     Pengerusi dan senarai jawatankuasa;

                                            vi.    Pelan lokasi (jika perlu); dan
                                            vii.   Penghargaan


                              k.     Susunan tempat duduk tetamu kehormat di atas pentas

                                              i.   Susunan  tempat  duduk  perlu  mengikut  susunan
                                                   protokol yang terkini;

                                             ii.   Seboleh-bolehnya  jumlah  tetamu  kehormat dihadkan

                                                   dan bilangan ganjil adalah lebih baik;
                                             iii.   Pergerakan tetamu kehormat juga perlu diselaraskan

                                                   dan  bersesuaian  dengan  susunan  tempat  duduk  di
                                                   atas pentas; dan

                                             iv.   Pastikan pegawai pengiring atau perhubungan tetamu
                                                   kehormat mengetahui akan pergerakan dan peranan

                                                   tetamu kehormat  semasa majlis/acara.


                              l.     Taklimat kepada tetamu kehormat

                                     Taklimat hendaklah disampaikan oleh Pengerusi / urus setia kepada

                                     tetamu  kehormat  supaya  beliau  mendapat  gambaran  yang  jelas
                                     tentang perjalanan majlis / acara.


               10.      Pemilihan Sajian

                             i.   Pemilihan  pembekal  makanan  hendaklah  dibuat  mengikut  peraturan
                                 kewangan semasa dan prestasi pembekal hendaklah diambil kira;

                            ii.   Pemilihan menu mengikut kesesuaian majlis / acara dan dipersetujui

                                 oleh Pengerusi. Bagi majlis / acara yang melibatkan Pembesar Utama
                                 Negara, pilihan menu hendaklah mendapat persetujuannya;





                                                                                                           52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57