Page 134 - PowerPoint Presentation
P. 134

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 121









                 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar mempunyai tiga (3) unit iaitu

          Unit Ambilan Pelajar, Unit Pembangunan Pelajar dan Unit Usahawan dan Alumni.

          Ketiga-tiga unit ini berkesinambungan dalam pengurusan pelajar bermula dengan
          proses    pengambilan     pelajar,  pelaksanaan     program pembangunan          sahsiah,

          keusahawanan dan kepimpinan pelajar sehingga pelajar tamat pengajian sebagi

          alumni. Secara ringkasnya fungsi Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
          adalah seperti berikut:-


          1.    Merancang dan mengurus pengambilan pelajar pendidikan dan latihan

                termasuk promosi, permohonan, penawaran penerimaan, penawaran susulan,

                pertukaran antara institusi dan program, pemantauan serta kompilasi maklumat
                pengambilan pelajar bagi semua institusi.


          2.    Merancang , mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar

                termasuk kebajikan, sukan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah
                pelajar secara holistic.

          3.    Mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang

                terkandung dalam akta berkaitan bagi mengawal tatatertib pelajar.
          4.    Merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan dan

                pembudayaan keusahawanan pelajar berdasarkan Pelan Tindakan

                Keusahawanan IPT dan lain-lain.

          5.    Merancang dan mengurus program perhubungan dan rangkaian strategik
                dengan alumni bagi menyokong program kebolehpasaran pelajar dan program

                sumbangan balik (giving back) kepada institusi.
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139