Page 139 - PowerPoint Presentation
P. 139
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 126
POLYTECHNIC AND COMMUNITY COLLEGE STUDENT AWARDS 2019
Polytechnic and Community College Student Awards merupakan platform
untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada siswa yang telah menunjukkan
kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan Lonjakan 1
Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015 - 2025. Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) membuka peluang kepada siswa untuk
bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan
sahsiah di institusi bagi melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawan,
inovasi, keusahawanan, pengucapan awam, dan lain-lain.
Majlis yang telah dirasmikan oleh
YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas,
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ini telah diadakan pada 10 Oktober
2019 bertempat di Shah Alam Convention
Centre (SACC). 25 anugerah telah Saudara Muhammad Izuan Faiz bin Abdul
Rahman dari Politeknik Ibrahim Sultan telah
dipertandingkan dalam tiga (3) kategori iaitu dinobatkan sebagai Tokoh Siswa JPPKK di
Majlis PolyCC Student Awards 2019
lima belas (15) Anugerah Kecemerlangan,
lima (5) Anugerah Kepimpinan dan lima (5)
Anugerah Khas Siswa. Pada malam
kemuncak majlis gilang-gemilang tersebut
menyaksikan saudara Muhammad Izuan
Faiz bin Abdul Rahman, pelajar Politeknik
Ibrahim Sultan yang juga penerima
Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan
Kesemua penerima anugerah bersama
Pelajar Politeknik telah merangkul Anugerah pengurusan tertinggi KPM dan JPPKK di
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Majlis PolyCC Student Awards 2019
Politeknik dan Kolej Komuniti yang
membawa gelaran Tokoh Siswa Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.