Page 137 - PowerPoint Presentation
P. 137

LAPORAN TAHUNAN 2019 | 124







          MALAYSIAN POLYTECHNIC INTERNATIONAL ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2019


                 Malaysian Polytechnic International Orienteering

          Championship 2019 merupakan kejohanan peringkat
          antarabangsa di mana ianya telah disertai oleh negara

          Sweden, Jepun, Indonesia, Hong Kong, Thailand, Finland

          dan Norway. Program ini telah diadakan di Politeknik
          Sultan Haji Ahmad Shah pada 5 – 6 Oktober 2019. Para

          atlet bertanding untuk mendapatkan ranking yang terbaik

          dalam World Ranking Event, Asia Orienteering Cup dan

          National Ranking Event.
                Kejohanan ini telah mendapat pengiktirafan oleh

         badan    antarabangsa      iaitu  International   Orienteering

         Federation    (IOF)    yang    berpengkalan      di  Sweden.

         Penganjuran kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya
         dengan laluan dan peta yang menarik melibatkan lebih

         banyak      laluan    perhutanan      dengan      kemudahan

         kelengkapan     atlet  yang    terbaik  bagi   peserta    yang

         mengambil bahagian dalam acara ini. Kejohanan ini
         dipantau oleh Penasihat IOF Event, yang telah dilantik

         untuk    memastikan      bahawa     piawaian    antarabangsa
                                                                               Program Malaysian
         dipenuhi.                                                           Polytechnic International
                                                                           Orienteering Challenge 2019















           Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Yang DiPertua
          Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Ts. Haji Muhamad Rumzi bin
                                   Mamat
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142