Page 135 - PowerPoint Presentation
P. 135
LAPORAN TAHUNAN 2019 | 122
MYALUMNI POLYCC
Penyelarasan Perhubungan myAlumni Politeknik dan Kolej Komuniti adalah
dibawah Unit Keusahawanan dan Alumni, Bahagian Ambilan dan Pembangunan
Pelajar. Penyelarasan ini adalah berdasarkan kepada fungsi pemerkasaan
program/aktiviti perhubungan alumni dan memperkukuhkan persatuan alumni di
semua Politeknik dan Kolej Komuniti dibawah penjenamaan myAlumni PolyCC.
Semua program/aktiviti melibatkan perhubungan alumni ini adalah menepati
amanat dan saranan dari YB Menteri Pendidikan Malaysia yang inginkan
pemerkasaan perhubungan alumni di semua institusi pendidikan termasuk Politeknik
dan Kolej Komuniti. Justeru, semua program khas dibawah penjenamaan myAlumni
PolyCC yang telah dijalankan pada tahun ini adalah sebagai pendedahan dan
pembudayaan (2019) seterusnya akan dimantapkan, diperkasakan serta dikukuhkan
menjelang tahun 2025.