Page 39 - PSPKK 2018-2025
P. 39

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)


               Objektif Strategik A
               Menghasilkan Graduan yang Mempunyai Kebolehpasaran Tinggi (High Employability)

               Graduan TVET merupakan golongan belia yang bakal menyumbang sebagai tenaga kerja yang akan memenuhi permintaan
               industri serta memacu pertumbuhan ekonomi negara. Bagi menghasilkan graduan TVET yang berkualiti, Politeknik dan Kolej
               Komuniti  perlu mengambil langkah strategik dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui penambahan kompetensi
               tertentu yang boleh memberi kelebihan daya saing di dalam bidang teknikal dan kemahiran insaniah. Pelbagai program
               intervensi melalui kerjasama industri, badan profesional dan agensi pelaksana latihan dilaksanakan bagi memberi nilai tambah
               kepada graduan TVET.


               Graduan boleh bekerja, berciri keusahawanan dan seimbang ditafsirkan sebagai graduan yang memiliki disiplin ilmu, berahklak
               dan penetapan minda yang sesuai, tingkah laku yang beradab untuk menjadi insan yang mulia, dan mempunyai jati diri Malaysia.
               Mereka perlu dididik untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar, bukan sahaja melengkapkan diri dengan
                kemahiran dan asas etika yang mantap, malah memperkasa daya tahan dan meningkatkan ciri keusahawanan bagi meneroka
               peluang-peluang baharu seterusnya beralih daripada suasana mencari pekerjaan kepada penjana pekerjaan.





               Objektif Strategik B
               Menambah Baik Ekosistem Keusahawanan


               Bidang keusahawanan di Malaysia penting kerana ia adalah nadi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan
               bilangan terbesar majikan yang menyumbang kepada pekerjaan dan pendapatan negara. Sesebuah institusi perlu melahirkan
               lebih ramai usahawan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan perniagaan. Usaha untuk menarik
               minat pelajar terhadap bidang keusahawanan perlu dilakukan dengan menyediakan ekosistem keusahawanan yang kondusif
               termasuk yang bercirikan 4IR bagi menggalakkan penglibatan bukan sahaja pelajar, tetapi juga graduan, pensyarah dan
               pentadbir dalam rantaian ilmu perniagaan. Tanpa penglibatan serta sokongan dari semua pihak yang terlibat, pembudayaan
               dan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar tidak akan dapat dilaksanakan dan diterapkan dengan baik.






               Objektif Strategik C
               Membangunkan Graduan TVET Berciri Warga Global  (Global Citizen)

               Warga global adalah graduan Politeknik dan Kolej Komuniti yang menjalani gaya hidup serta terdedah secara langsung kepada
               teknologi disrupsi dan terkehadapan seperti yang gambarkan oleh 4IR. Justeru, Politeknik dan Kolej Komuniti  perlu
               membangunkan attribut pelajar ke arah komuniti pintar yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian akademik dan
               kemahiran teknikal semata-mata, tetapi ia juga menghayati nilai-nilai sejagat merangkumi peradaban dan akhlak, keserakanan
               dan kemanusiaan, toleransi dan kesederhanaan.

               Graduan perlu tangkas mengadaptasi diri kepada perubahan persekitaran dan menjadi contoh warga global dengan kemahiran
               abad  ke-21.  Graduan  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  masa  hadapan  dijangka  menyumbang  kepada  ekonomi  negara  secara
               produktif serta terkenal dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi bagi
               memastikan kelangsungan tamadun kemasyarakatan sejagat.





                                                                                                                                   29
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44