Page 41 - PSPKK 2018-2025
P. 41

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)



               Inisiatif B1
              Melaksanakan Program Keusahawanan Berciri 4IR


              Dalam mendepani 4IR, usahawan perlu mengoptimumkan pelbagai teknologi sedia ada dan yang terkini  sebagai asas untuk
              merancang, membina, memasarkan, menjalankan dan mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih baik.


              Politeknik dan Kolej Komuniti  perlu menerapkan nilai dan atribut keusahawanan dari awal pengajian pelajar secara meluas
              merentasi kurikulum melalui semua kursus yang ditawarkan dan penganjuran pelbagai program keusahawanan yang bercirikan
              4IR khususnya e-commerce. Penambahbaikan program keusahawanan berstruktur mengikut kluster pengajian (kejuruteraan,
              peruncitan, agrikultur, komunikasi dan maklumat, industri kreatif, multimedia, sukan dan sebagainya) perlu dilakukan. Dengan
              mengadakan pelbagai program keusahawanan berunsurkan 4IR, ia akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar dan graduan
              menceburi bidang keusahawanan 4IR yang juga dikenali sebagai Technopreneur. Usaha dan kerjasama agensi-agensi
              keusahawanan seperti MDEC, Alibaba, MTDC dan sebagainya membolehkan usahawan memasarkan produk mereka ke peringkat
              global terutamanya apabila Malaysia Digital Free Trade Zone (DFTZ) telah beroperasi kelak.





               Inisiatif B2
              Mewujudkan Inkubator Keusahawanan Berciri 4IR

              Politeknik dan Kolej Komuniti  perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang bercirikan 4IR mengikut bidang tujahan atau
              niche area institusi tersebut. Penambahbaikan infrastruktur dan sistem sokongan pembangunan keusahawanan adalah termasuk
              ruang dan peluang perniagaan, khidmat nasihat dan bimbingan usahawan sebenar serta kehadiran “role model” dalam kalangan
              usahawan berjaya. Dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada pihak industri serta mentor yang telah dilantik, pelajar akan
              lebih berkeyakinan untuk menjadi usahawan setelah mereka menamatkan pengajian kelak. Di samping itu, sokongan daripada
              agensi-agensi  keusahawanan  seperti  PUNB,  MARA,  MTDC  dan  lain-lain  juga  amat  diperlukan  untuk  membolehkan  mereka
              mendapatkan dana serta pinjaman bagi memulakan dan meluaskan perniagaan.


             Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:

             1.    Memantapkan rangka kerja usahawan
             2.    Memperbanyakkan ruang dan peluang bagi penjana pekerjaan kepada pelajar seperti:
                   o    Malaysian Global E-Commerce Talent (GET) Programme
                   o    Siswaprenuer Showcase
                   o    Online Biz Mega Expo
                   o    High Impact Incubator 2.0 (H2I)


             Keberhasilan

             Graduan Politeknik dan Kolej Komuniti menjadi Teknopreneur.


             Sasaran Kerja Utama

             Peratus graduan institusi menjadi Teknopreneur




                                                                                                                                   31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46