Page 46 - PSPKK 2018-2025
P. 46
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif A1
Memupuk Kesedaran dan Pengetahuan Tentang 4IR
Pengetahuan dan kesedaran tentang teknologi 4IR penting kerana ia akan memberi impak terhadap pelbagai aspek
pekerjaan dan kehidupan. Oleh itu, warga kerja institusi perlu bersedia memahami dan menguasai teknologi 4IR.
Kegagalan dalam menangani perubahan yang berlaku akan menyebabkan mereka ketinggalan dan terpinggir dengan
tuntutan zaman. Penguasaan warga kerja dan pelajar tentang digitalization merupakan satu kemestian. Bagi mencapai
hasrat tersebut, usaha menyebarluas kesedaran dan ilmu seperti latihan, kursus, seminar, persidangan dan sebagainya
perlu dilaksanakan di semua Politeknik dan Kolej Komuniti.
Inisiatif A2
Menyediakan Infrastruktur Berciri 4IR
Infrastruktur, infostruktur dan peralatan sedia ada perlu digabung jalin bagi mewujudkan persekitaran Smart Campus.
Sebagai contoh, sistem pembelajaran yang menggunakan teknologi 4IR seperti digital twin wajar digunakan seiring
dengan tren semasa. Bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan, usaha perlu dimulai dengan melibatkan
industri untuk menyediakan perisian dan teknologi di samping membangunkan bakat warga kerja institusi
dan menyediakan peruntukan dana yang diperlukan.
Inisiatif A3
Mengupayakan Warga Kerja Institusi
Dalam mendepani 4IR ini, penjanaan idea yang kreatif dan inovatif memerlukan kebebasan dan pengurangan
birokrasi dan peraturan yang mengongkong. Perubahan ini akan mendorong warga kerja institusi untuk lebih berani
ke hadapan dalam menerokai teknologi baharu. Bagi menyokong usaha ini, penambahbaikan sistem tadbir urus yang
beradaptasikan teknologi digital dan smart campus wajar diwujudkan sebagai pra-syarat kepada kecemerlangan
Politeknik dan Kolej Komuniti yang bakal memacu perubahan dalam mendepani 4IR.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Mengadaptasi dan mengintegrasi teknologi digital melalui kempen kesedaran, jerayawara dan pelaksanaan
program.
3. Menyediakan perkhidmatan yang terangkum dan mesra pelajar.
4. Memastikan perkhidmatan digital selamat dan boleh dipercayai.
5. Menambah baik infrastruktur keselamatan ICT.
Keberhasilan
Kesediaan Politeknik dan Kolej Komuniti mentransformasi ke arah 4IR untuk menjadi sebuah hab pendidikan tinggi
yang setanding dengan negara maju. Justeru, ekosistem institusi yang dapat mengadaptasi dan mesra teknologi digital
dengan kelengkapan peralatan berteknologi tinggi melalui usaha bersepadu dan sokongan daripada industri perlu
diwujudkan.Usaha ini bakal menjadikan institusi TVET sebagai pemacu perubahan di peringkat nasional.
36