Page 48 - PSPKK 2018-2025
P. 48
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Iniisiatif A5
Meningkatkan Tadbir Urus melalui Lean Management
Pengurusan Lean adalah satu pendekatan bagi pengoperasian sebuah organisasi dengan menyokong konsep
penambahbaikan. Ia adalah satu usaha yang berterusan dengan menambah baik produk, perkhidmatan atau proses,
yang memerlukan "tambahan" peningkatan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti dalam
memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Peningkatan produktiviti dan kualiti dilaksanakan melalui
percambahan idea kreatif daripada warga kerja dalam membangunkan sesebuah organisasi. Secara tidak langsung,
usaha ini dapat mengurangkan/menghapuskan pembaziran [MUDA] dan menghapuskan unevenness [MURA] atau
overburden [MURI] malahan melalui Lean juga pengurangan kos dapat dilakukan serta mampu memberi impak positif
terhadap mutu perkhidmatan.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Mengamalkan lean management melalui kempen kesedaran, jerayawara dan penguatkuasaan program.
2. Mengadaptasi rangka kerja lean management.
3. Membangunkan Garis Panduan Pelaksanaan Lean Management di institusi.
4. Membangunkan instrumen pengukuran Pelaksanaan Lean Management.
5. Memperkasakan Amalan 5S di institusi.
6. Mengamalkan konsep lean management dalam organisasi.
7. Memperkasakan Standard Operating Procedure (SOP) di institusi.
8. Mematuhi piawaian terhadap lean management.
Keberhasilan
Pelaksanaan lean management memberi impak yang positif kepada kecekapan pengurusan JPPKK, Politeknik dan Kolej
Komuniti dengan mengutamakan nilai kepada pihak berkepentingan. Kualiti penyampaian, produktiviti dan kecekapan
semasa melaksanakan tanggungjawab dan tugas rasmi juga dapat ditingkatkan melalui penambahbaikan berterusan
(continuous improvement) untuk mencapai kecemerlangan operasi dan keintiman dengan pelanggan (operational
excellence and customer intimacy).
Sasaran Kerja Utama
Lean Management Maturity Level.
38