Page 51 - PSPKK 2018-2025
P. 51

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

               Inisiatif B1
               Mencapai Matlamat Organisasi yang Digariskan Melalui Keberkesanan Kos

               Menguruskan perbelanjaan secara berkesan merupakan elemen penting untuk menilai kecekapan sesebuah
               organisasi.  Keberkesanan kos pula merujuk kepada nilai yang boleh dimanfaatkan; iaitu nilai dan faedahnya adalah
               berbaloi dengan pulangan (Return on Investment). Justeru, institusi perlu merealisasikan matlamat organisasi yang
               ditetapkan ke arah mencapai hasil yang diharapkan.

             Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:


             1.      Memantapkan pelaksanaan inisiatif kampus hijau secara menyeluruh seperti dalam kerangka Inisiatif
                           Hijau PolyGreen.
             2.      Memastikan prestasi perbelanjaan mencapai 99% sehingga hujung tahun.
             3.      Mengenal pasti aset atau peralatan yang tidak digunakan secara optimum.
             4.      Mengadakan kempen kesedaran  dan penerapan Budaya Hijau.
             5.      Memastikan institusi dapat meminimumkan sebanyak 5% bayaran bil elektrik.
             6.      Memastikan institusi mencapai penetapan suhu penghawa dingin 24ºC.
             7.      Mematuhi Pekeliling Perbendaharaan PB3.3: Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimum Perbelanjaan
                           Kerajaan.
             8.      Memantau pengurusan kewangan dari semasa ke semasa.











































                                                                                                                                  41
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56