Page 55 - PSPKK 2018-2025
P. 55

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

               Inisiatif A1
               Melaksanakan Program Pengkayaan Pengalaman di Industri


               Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang kompetensi antara tenaga pengajar di institusi dengan kompetensi yang
               dipunyai  oleh  pekerja  industri  dalam  bidang  yang  sama.  Peruntukan  wajar  disediakan  bagi  mengalakkan  semua
               tenaga pengajar mendapat pendedahan hands-on dunia pekerjaan terkini dengan menjalani penempatan Sangkutan
               Industri Pensyarah (SIP), dan mendapatkan persijilan profesional dari badan-badan bertauliah. Selain itu SIP juga men-
               jadi salah satu platform untuk mengekalkan kelayakan tenaga pengajar melalui kaedah pembelajaran berterusan
               mengikut jenis dan kelas kelayakan profesional tersebut.






               Inisiatif A2
               Melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Terkini

               Melalui inisiatif ini, institusi melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan barisan pelapis kepimpinan bagi
               menerajui institusi dan ibu pejabat. Selain daripada menggilap bakat kepimpinan, kemahiran pelengkap seperti ilmu
               perancangan strategik, tadbir urus, pengurusan kewangan dan perkhidmatan juga akan diberi penekanan.







               IInisiatif A3
               Melaksanakan Program Pemantapan Perkembangan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran 4.0

               Politeknik dan Kolej Komuniti menjelajahi kaedah-kaedah baharu serta mereka bentuk semula pembelajaran agar
               relevan dengan cabaran-cabaran teknologi yang berkembang pesat ini.  Ini juga bagi memperkukuhkan lagi peranan
               Politeknik dan Kolej Komuniti dalam menyediakan graduan Gen-Z dan Gen-Alpha yang dapat berfungsi dalam dunia
               akan datang. Kaedah penyampaian pengajaran yang perlu didepani oleh pendidik Gen-Z dan Gen-Alpha iaitu selain
               daripada ilmu pedagogi dan andragogi, iaitu ilmu Heutagogi (self-determined learning), Paragogi (learning through
               peers) dan Cybergogi (online learning – combination of MOOC and blended learning). Justeru, keperluan untuk memikir
               semula pengajaran (rethinking teaching) & merekabentuk semula pembelajaran (redesigning learning)  serta
               mengaplikasikan  konsep Pendidikan 4.0 (Education 4.0) dan Pembelajaran 4.0 (Learning 4.0) yang sesuai dengan
               cabaran 4IR serta Pengajaran Abad Ke-21  agar pengajaran agar lebih interaktif dan menekankan pembelajaran aktif,
               imersif dan bermakna.














                                                                                                                                   45
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60