Page 59 - PSPKK 2018-2025
P. 59
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Objektif Strategik A
Mentrasformasi Program Pengajian Menepati Permintaan Industri
Berpandukan 4IR, objektif strategi ini melibatkan inisiatif Politeknik dan Kolej Komuniti menyediakan program
pengajian berteknologi tinggi dan nilai tinggi untuk menjadikan laluan TVET sebagai laluan pilihan. Strategi ini
melibatkan semakan semula kurikulum agar kekal responsif dengan kehendak industri yang merupakan pemegang
taruh utama. Matlamat mentransformasi program ialah untuk menghasilkan graduan TVET yang kompeten dan
bersedia memenuhi keperluan 4IR.
Objektif Strategik B Inisiatif
Meningkatkan Keberkesanan Mekanisme Penyampaian
Mekanisme keberkesanan penyampaian berteraskan 4IR memberikan penekanan pedagogi abad ke-21. Pendekatan
penyampaian pembelajaran seperti immersive learning dan student centered learning merupakan inisiatif-inisiatif yang
diperluaskan. Penggunaan teknologi terkini seperti augmented reality (AR) dan virtual reality (VR) juga diaplikasikan
dalam mekanisme pengajian. Teknologi terkini ini dapat diadaptasikan dalam pembelajaran melalui perkongsian
teknologi daripada industri dengan mewujudkan learning education center. Melalui pendekatan
pembelajaran berasaskan pengalaman (experiental learning) akan memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai
alam pekerjaan sebagai pengalaman sebenar mengenai dunia pekerjaan di industri.
Objektf Strategik C
Memperluas Akses
Pembangunan ekonomi negara harus diterajui dan dikuasai oleh rakyat tempatan. Peluang dan ruang untuk
memperolehi kelayakan yang meliputi pendidikan dan latihan secara formal, nonformal dan informal diperluas kepada
segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan ekonomi dan sosio budaya mereka.
Setiap pelajar yang layak menyertai pendidikan tertiari diberi layanan yang sama tanpa mengira jurang pendapatan,
kepada rakyat Malaysia dengan memperkembang kaedah pembelajaran secara atas talian dan pendidikan sepanjang
hayat termasuk akses TVET kepada golongan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40), Orang Kurang Upaya
(OKU) serta komuniti luar bandar. Di samping itu, terdapat juga program laluan khas disediakan melalui program pra
diploma kepada pelajar India (MDAIM), anak Felda (MDWF) serta terbuka kepada semua pelajar (MUTIARA) dan
program bagi pelajar sukan.
49