Page 56 - PSPKK 2018-2025
P. 56
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Meningkatkan penyertaan staf dalam program pembangunan bakat jangka panjang yang komprehensif bagi
meningkatkan tahap kematangan.
3. Merancang dan melaksanakan 10 siri Kursus Multiskilling bagi membangunkan dan memastikan pensyarah
mempunyai kompetensi dan pengetahuan yang diiktiraf untuk melaksanakan program baharu.
4. Melaksanakan Program Pelan Penggantian Kursus Tertinggi iaitu Executive Management: TVET bagi PPPT Gred
DH54.
5. Merancang dan melaksanakan 30 siri Program Peningkatan Kemahiran (PPK).
Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) bagi memastikan PPPT yang mempunyai pensijilan industri atau
pengalaman industri selari dengan pengetahuan dan teknologi terkini.
7. Pembangunan Modul Training of Trainer (ToT) untuk Pusat Latihan TVET Sultan Abdul Halim.
8. Memperkasa Profesionalisme Akademik PPPT Melalui Skim Hadiah Latihan Persekutuan (SHLP).
9. Menghantar PPPT yang bersesuaian untuk Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) dan kursus-kursus kepimpinan
yang dianjurkan oleh INTAN, AKEPT atau agensi-agensi lain yang berkaitan.
10. Melaksanakan kursus coaching and mentoring bagi memastikan PPPT yang layak telah bersedia untuk
memohon kenaikan pangkat.
11. Mengiktiraf dan menghargai pencapaian PPPT melalui penganugerahan, ganjaran dan penghargaan seperti
majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Kecemerlangan Politeknik (AKP) dan
insentif-insentif lain seperti menghantar PPPT yang cemerlang mengikuti latihan di luar negara.
12. Memupuk penghayatan kesepunyaan kepada organisasi melalui transformasi minda dan budaya.
Keberhasilan
Menghasilkan kelompok bakat yang mempunyai pengalaman industri serta kepakaran mendepani 4IR seterusnya
menjadi pemangkin kecemerlangan warga profesional dan kompeten.
Sasaran Kerja Utama
1. Peratus warga kerja institusi mengikuti program pembangunan bakat bersama industri; dan
2. Bilangan warga kerja yang menjadi pakar rujuk
46