Page 52 - PSPKK 2018-2025
P. 52
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif B2
Mengurus Kewangan Secara Cekap dengan Mematuhi Peraturan dan Prosedur
Bagi mencapai kelestarian kewangan sama ada jangka pendek atau jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada
pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan agar pematuhan kepada peraturan dan prosedur dalam pengurusan
kewangan dicapai. Usaha ini penting untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti institusi dengan menetapkan
standard dan menambah baik amalan pelaporan kewangan.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Memastikan pelaksanaan peraturan dan prosedur adalah telus dan dipatuhi.
Inisiatif
2. Memastikan tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) dibenarkan selepas tarikh akhir bayaran ditetapkan.
3. Memastikan tiada pembayaran di bawah AP58(a).
4. Memastikan pematuhan kepada Perolehan Kerajaan 7.2/2013 - Local Order (LO. dikeluarkan dalam tempoh 7 hari
sebelum pelaksanaan program atau aktiviti.
Keberhasilan
JPPKK, Politeknik dan Kolej Komuniti mampu beroperasi dan berfungsi dengan kekangan yang minimum dan kos efektif
menerusi pengurusan sumber dan kewangan secara berkesan. Prestasi ini dapat dicapai melalui pelaksanaan strategi
jangka pendek dan jangka panjang yang dirangka kemas dengan sasaran penambahbaikan terhadap prosedur, polisi
dan sistem kewangan yang dipantau dari semasa ke semasa.
Sasaran Kerja Utama
1. Peratus prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan (P64) yang dicapai oleh jabatan;
2. Peratus pematuhan tatacara pengurusan kewangan dalam pengauditan dan naziran tahunan mencapai
sekurang-kurangnya 90%; dan
3. Peratus pengurangan jumlah Akaun Belum Terima (ABT) sekurang-kurangnya 5% dari baki tahun sebelumnya.
42