Page 49 - PSPKK 2018-2025
P. 49
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif A6
Mewujudkan Persekitaran Kondusif melalui Budaya Kerja yang Positif
Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk warga JPPKK, politeknik dan kolej komuniti agar dapat menjalankan
kerja yang kondusif dan boleh menjadi motivasi kepada pekerja bagi menyumbang hasil kerja yang optimum,
berproduktiviti tinggi serta meningkatkan keperibadian dan kepuasan diri. Persekitaran kondusif ini dapat
memformulasi polisi kehidupan dengan bekerja secara seimbang (work balanced) dalam keadaan selesa dan harmoni.
Inisiatif
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Meningkatkan tahap Sta Satisfaction dengan mengamalkan budaya kerja yang positif melalui kempen
kesedaran, jerayawara dan pelaksanaan program.
2. Membangunkan Rangka Kerja Sta Satisfaction dan kaedah pengukuran.
3. Meningkatkan budaya kerja selamat dengan penekanan kepada Occupational Safety and Health (OSH).
4. Menyediakan ruang kerja dan persekitaran yang selamat dan selesa terhadap proses PdP.
5. Mengamalkan gaya hidup sihat, aman dan harmoni.
6. Menggalakkan program perkongsian ilmu, motivasi diri atau program kerohanian.
Keberhasilan
JPPKK, Politeknik dan Kolej Komuniti menawarkan ruang kerja, pembelajaran, interaksi dan kemudahan yang berteras-
kan keselamatan, keselesaan dan kebersihan berselari dengan tuntutan undang-undang, akta, tatacara dan peraturan
mengikut piawaian negara. Penambahbaikan dan penyelenggaraan aset dan kemudahan sedia ada secara sistematik,
strategik dan lestari akan mencapai faedah yang optimum kepada semua warga institusi.
Sasaran Kerja Utama
Sta Satisfaction Index
39