Page 47 - PSPKK 2018-2025
P. 47

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

               Inisiatif A4
               Meningkatkan Jenama dan Reputasi Institusi TVET


               Politeknik dan Kolej Komuniti perlu mengekalkan daya tarikan untuk mendorong pelajar dan ibu bapa memilih
               politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi pilihan pertama. Dalam mendepani gelombang 4IR, pelbagai
               pendekatan baharu perlu diberi perhatian. Strategi penjenamaan yang berasaskan media baharu dapat meningkatkan
               keterlihatan institusi di kaca mata pelajar lepasan menengah untuk mengikuti program TVET dan seterusnya menjadi
               penggerak inovasi dan ekonomi berasaskan teknologi di negara ini.
               Warga kerja Jabatan, Politeknik dan Kolej Komuniti juga perlu bergandingan dengan pelbagai rakan strategik untuk
               menjadi rujukan dari aspek pendidikan yang menyokong 4IR. Kolej Komuniti adalah sinonim dengan pendekatan
               Pembelajaran  Sepanjang  Hayat  (PSH)  manakala  Politeknik  adalah  perintis  pendekatan Work-Based Learning (WBL).
               Institusi TVET berpotensi mengukuhkan reputasi sebagai rujukan institusi lain hasil daripada usaha berterusan orienta-
               si pendidikan berteraskan 4IR. Pihak lain akan menanda aras pendekatan dan sistem yang dibangunkan oleh Politeknik
               dan Kolej Komuniti serta memanfaatkan kepakaran yang dihasilkan.



              Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:

              1.     Menjenama dan memposisi politeknik dan kolej komuniti sebagai satu organisasi.
              2.     Meningkatkan aktiviti promosi mengikut zon.
              3.     Mengadakan aktiviti promosi di kawasan luar bandar.
              4.     Menyertai karnival pendidikan.
              5.     Mengadakan program bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Felda dan Institut Latihan Kemahiran
                            Awam (ILKA).
              6.     Membangunkan Pelan Strategik Komunikasi Politeknik dan Kolej Komuniti ke arah penjenamaan institusi.
              7.     Mengukur kekuatan penjenamaan melalui keterlihatan dan reputasi institusi.
              8.     Membangunkan imej korporat yang baharu.



              Keberhasilan

              Pendidikan TVET menjadi pilihan pertama pelajar dan ibu bapa sebagai laluan utama kerjaya yang menarik. Budaya
              keserakanan dan kesepunyaan (commonality and collegiality) dalam kalangan institusi pendidikan tinggi bagi program
              TVET dapat direalisasikan dengan menjadi institusi rujukan dalam bidang 4IR. Di samping itu, keyakinan industri dapat
              diperkukuh terhadap kebolehan graduan TVET.



              Sasaran Kerja Utama

              1.     Bilangan hebahan jabatan/institusi di media baru; dan
              2.     Bilangan institusi yang menjadi rujukan





                                                                                                                                   37
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52