Page 45 - PSPKK 2018-2025
P. 45
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Objektif Strategik A
Memperkasa Institusi Berpacukan 4IR
Politeknik dan Kolej Komuniti perlu diperkasa melalui aspek tadbir urus yang responsif dan mampan bagi mendepani
perkembangan teknologi berteraskan 4IR. Usaha merekayasa institusi ke arah 4IR penting untuk memastikan institusi bersedia
dengan pengetahuan dan prasarana yang akhirnya mampu menghasilkan organisasi TVET yang berpengaruh dan terkehadapan.
Bagi mencapai tujuan tersebut, terdapat tujuh inisiatif yang menyokong ke arah keberhasilan tersebut ialah
(i) memupuk kesedaran dan pengetahuan tentang 4IR,
(ii) menyediakan infrastruktur bercirikan 4IR,
iii) mengupayakan institusi,
(iv) meningkatkan jenama dan reputasi institusi
(v) meningkatkan tadbir urus melalui Lean Management
Objektif Strategik B
Memperkukuh pengurusan kewangan yang cekap, berhemat dan mampan
Langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan adalah untuk memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemat,
tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam. Bagi mencapai tujuan tersebut, inisiatif-inisiatif yang menyokong ke arah
keberhasilan tersebut ialah
(i) Mencapai matlamat organisasi yang digariskan melalui keberkesanan kos dan
(ii) Mengurus kewangan secara cekap dengan mematuhi peraturan dan prosedur
(iii) Mewujudkan persekitaran kondusif melalui budaya kerja yang positif
(iv) Menyediakan fasiliti terkini termasuk prasarana dan kelengkapan yang relevan.
35