Page 40 - PSPKK 2018-2025
P. 40
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif A1
Melaksanakan Program Kebolehpasaran Graduan yang Berimpak Tinggi
Program Kebolehpasaran Graduan yang berimpak tinggi seperti Finishing School perlu dilaksanakan bagi meningkat-
kan nilai tambah asas kepada bakal graduan daripada aspek ketrampilan diri dan sahsiah yang membantu mereka
memperolehi pekerjaan yang bersesuaian dengan diri dan majikan. Di samping itu, bagi mendepani perkembangan
teknologi 4IR, persijilan industri dan persijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa wajar dibekalkan
sebagai nilai tambah kepada bakal graduan. Begitu juga institusi perlu merancakkan aktiviti-aktiviti pendedahan
kerjaya seperti lawatan ke lapangan, ceramah kerjaya oleh ketua syarikat melalui CEO@Faculty dan sesi dialog bersama
pihak industri yang mengamalkan 4IR.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Mempelbagaikan program-program yang dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar seperti:
o Career Carnival and Further Education
o Career Guidance and Career Counselling
o Job Street Student Ambassador Programme
o Graduate Employability (GE) Programmes
o Structured Internship
2. Memastikan pelajar memperoleh kemahiran yang seimbang melalui program yang berimpak tinggi seperti:
o Young Leader Convention
o Program 1 Institusi 1 Komuniti
o Program Sukarelawan TVET Perdana
Keberhasilan
Graduan Politeknik dan Kolej Komuniti yang berkemahiran tinggi dan bekerja pada tahun konvokesyen meningkat.
Sasaran Kerja Utama
1. Peratus kebolehpasaran graduan semasa konvokesyen;
2. Peratus graduan yang bekerja dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan;
3. Peratus pelajar tamat dalam tempoh(GOT); dan
4. Tahap kepuasan majikan terhadap graduan yang bekerja.
30