Page 42 - PSPKK 2018-2025
P. 42
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif C
Mempromosi dan membudayakan kewarganegaraan global (Global Citizenship)
Politeknik dan Kolej Komuniti akan bekerjasama dengan agensi lain khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk
dengan mengenalpasti ciri-ciri pemimpin masa hadapan yang diingini. Ciri-ciri warga global yang dimaksudkan perlu dipromosi
secara berterusan sebagai budaya dan gaya hidup warga Malaysia, seterusnya
membantu menyumbang ke arah pembinaan ketamadunan masyarakat berminda kelas pertama dalam sebuah negara yang
maju dan berteknologi tinggi.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Memupuk atribut pelajar yang seimbang dan holistik ke arah TVET 4.0.
2. Mengadakan Pusat Pembangunan Sukan (PPS) bagi sukan-sukan terpilih di institusi tertentu.
3. Mengadakan latihan berpusat bagi menghadapi kejohanan sukan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
4. Mengadakan program atau aktiviti yang melibatkan silang budaya dengan luar negara
5. Menggalakkan program mobiliti pelajar – inbound dan outbound
6. Mempelbagaikan program atau aktiviti CSR dengan komuniti setempat dan global
Keberhasilan
Generasi TVET dengan kemahiran abad ke 21 memiliki disiplin ilmu yang relevan, berakhlak dan sentiasa memajukan diri
bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara,
dan komuniti global.
Sasaran Kerja Utama
1. Peratus graduan yang menguasai kemahiran abad ke-21; dan
2. Bilangan pelajar yang mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
32