Page 54 - PSPKK 2018-2025
P. 54
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Teras strategik ketiga memberi fokus kepada komuniti akademik politeknik dan kolej komuniti yang komited, berusaha
secara berterusan untuk meningkatkan kualiti diri, menyokong pembangunan profesional, mencetuskan inspirasi
kepada pelajar, dan cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi mencapai hasrat Teras Strategik
Ketiga, SATU (1) objektif strategik telah dirancang untuk memastikan keberhasilan yang diinginkan.
Objektif Strategik Inisiatif
Objektif Strategik A Inisiatif A1 Inisiatif A2 Inisiatif A3
Melahirkan warga kerja yang Melaksanakan Melaksanakan Melaksanakan
efektif melalui program Program Program Program
pembangunan bakat jangka Pengkayaan Pembangunan Pemantapan
panjang yang komprehensif Pengalaman di Kepimpinan Terkini Perkembangan
Industri Profesional
Pengajaran dan
Pembelajaran 4.0
Objektif Strategik A
Melahirkan warga kerja yang efektif melalui program pembangunan bakat jangka panjang yang komprehensif
Politeknik dan Kolej Komuniti adalah penyedia latihan TVET terbesar dan penyumbang 30% tenaga kerja TVET negara
menjelang 2020. Bagi tujuan tersebut, bakat warga kerja politeknik dan kolej komuniti wajar ditingkatkan dari masa ke
semasa supaya kualiti program pengajian yang ditawarkan kekal berada di tahap yang tinggi. Tiga kategori pemban-
gunan bakat yang diberi penekanan ialah (i) Pengkayaan pengalaman industri, (ii) Pembangunan Kepimpinan dan (iii)
Perkembangan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran 4.0.
44