Page 62 - PSPKK 2018-2025
P. 62
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif B1
Melaksanakan Pembelajaran Secara Authentic & Immersive di Industri
Perubahan teknologi yang drastik dan perkembangan teknologi semasa akan meluaskan lagi jurang antara modal
insan yang dibangunkan institusi dan keperluan industri, maka pembaharuan kepada kaedah pembelajaran amat
diperlukan bagi memastikan ketidak padanan ini dikurangkan. Penglibatan industri dalam proses pembelajaran
melalui kaedah pembelajaran secara authentic & immersive akan melahirkan work-ready graduate yang berkualiti dan
memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami suasana pekerjaan sebenar di industri. Inisiatif ini akan
menyingkatkan keluk pembelajaran (learning curve) kebolehkerjaan bagi mempercepat penguasaan sesuatu
teknologi. Pembelajaran ini dapat diaplikasikan melalui program-program WBL dan lain-lain sebagai pendedahan
terus daripada industri dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran.
Inisiatif B2
Membangunkan Learning Spaces Berciri Pembelajaran Inovatif
Learning spaces merupakan ruang pembelajaran dan pengajaran inovatif yang direka bentuk untuk menyokong
amalan pedagogi abad ke-21. Konsep learning spaces merupakan gabungan antara teknologi digital dan pedagogi
berpusatkan pelajar. Antara elemen learning spaces adalah teknologi AR, VR dan amalan makerspace. Learning spaces
membolehkan pelajar menerokai pembelajaran melalui pembelajaran kolaborasi, simulasi dan reka cipta.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Memantau dan mengkaji semula keberkesanan mekanisma penyampaian.
3. Membawa masuk industri ke dalam kampus, berperanan sebagai Industry Education Center.
4. Meningkatkan kerjasama dengan industri melalui program seperti menyemak semula. program pengajian,
latihan industri, Work Based Learning (WBL), Chief Executive O cer Faculty (CEO Faculty), pensijilan profesional
dan mobiliti pelajar.
5. Menyediakan suasana pembelajaran/learning spaces abad ke-21 seperti pembelajaran teradun, MOOC,
program mobiliti dan sebagainya.
6. Pemantauan pengurusan dan pelaksanaan PdP mengikut kehendak pendidikan abad ke-21 dari segi tadbir
urus, penggunaan Technology enabled Collaborative Classroom (TeCC) dan PdP secara atas talian serta blog
kelas.
7. Membangunkan pangkalan data mengenai Peristiwa dan Nukilan Kejayaan (Success Stories) serta Amalan
Terbaik (Best Practices) institusi.
8. Menambah baik polisi dan garis panduan untuk menggalakkan PdP ke arah pembelajaran abad ke-21 dalam
pembangunan kurikulum.
9. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara teradun (blended learning) melalui:
o pembangunan Massive Open Online Courses (MOOC)
o pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran (PdP)
o pembangunan video pelaporan.
52