Page 40 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 40

Hala Tuju PSPKK Fasa II                                                                               Teras 1


                                                       Menghasilkan

                                    GRADUAN






                                                    TVET Berkualiti



                    oliteknik  dan  Kolej  Komuniti  bertanggungjawab  memupuk  bakat
                    berkemahiran  serta  menggalakkan  pembangunan  kerjaya  individu.
             PJusteru,  penghasilan  graduan  yang  memiliki  kualiti  diperlukan  industri,
              penyediaan  ekosistem  yang  menyokong  pembangunan  keusahawanan  pelajar
              dan pembangunan graduan TVET berciri warga global (global citizen) merupakan
              inisiatif-inisiatif yang digariskan bagi menghasilkan graduan TVET yang holistik
              dan kompeten serta bersedia untuk meningkatkan diri sepanjang kerjaya mereka
              melalui aktiviti pendidikan dan latihan berterusan.

              PELUANG DAN CABARAN
              Cabaran dan perubahan semasa mendorong institusi untuk melaksanakan kaedah
              pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan teknologi dengan lebih meluas.
              Transisi ke arah PdP berasaskan teknologi digital seharusnya dijadikan peluang
              untuk melakukan penambahbaikan secara kreatif. Naratif pengantarabangsaan
              juga memerlukan sentuhan norma baharu yang lebih bermakna dan lestari melalui
              pendekatan  alternatif  seperti  perkongsian  ilmu  secara  global  melalui  pelbagai
              platform yang menuntut kreativiti dan inovasi warga pensyarah dan pelajar.

              TUMPUAN 2021-2025
              Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam tempoh lima tahun mendatang
              ini,  antaranya  mengukuhkan  aktiviti  dan  program  kemahiran  yang  diperlukan
              pasaran kerja masa hadapan, dan memperkasakan persekitaran keusahawanan
              berciri digital yang disokong teknologi semasa. Selain itu, program dan aktiviti
              berkonsep coaching and mentoring diperluas bagi memastikan kesinambungan
              bimbingan laluan kerjaya pelajar. Naratif baharu ekosistem pengantarabangsaan
              diberi tumpuan dengan mempergiat aktiviti secara dalam talian seperti wacana
              ilmu  dan  pameran,  kursus  dan  pertandingan  serta  program  internship  yang
              melibatkan pelbagai disiplin ilmu kemahiran.

              KEBERHASILAN
              Diharapkan, generasi TVET abad ke-21 menguasai disiplin ilmu pengetahuan dan
              insaniah,  daya  pemikiran  berkelas  tinggi,  berakhlak  mulia,  berswadaya  tinggi
              dan berdaya keusahawanan (enterprising). Ini akan memastikan graduan TVET
              sentiasa  relevan  dengan  perkembangan  semasa  dan  seterusnya  menyumbang
              kepada pembinaan masyarakat progresif bagi pembentukan negara maju.


                                                                                        Aspirasi PSPKK Fasa II (2021-2025) |     34
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45