Page 42 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 42
Hala Tuju PSPKK Fasa II Teras 3
Pemerkasaan
BAKAT
ecemerlangan warga kerja Jabatan dan Institusi merupakan pemboleh daya kepada
kecemerlangan sistem pendidikan di Politeknik dan Kolej Komuniti. Dalam konteks pelan
Kini, ‘Pemerkasaan Bakat’ merujuk kepada usaha yang sistematik ke arah melahirkan warga
Jabatan dan Institusi yang berketerampilan.
PELUANG DAN CABARAN
Umum menyedari bahawa COVID-19 telah mengubah secara drastik landskap ekonomi negara
dan global. Cara kerja dan aktiviti sosial turut terkesan berikutan amalan norma baharu yang
bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan wabak tersebut, dan dalam masa yang sama Model Pengurusan Bakat
Bersepadu PPPT
perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti perlu
sensitif kepada perubahan ini seterusnya segera beradaptasi dengan peluang-peluang baharu
yang muncul daripada cabaran ini.
Sehubungan itu, aktiviti pembangunan bakat perlu disusun semula melalui beberapa inisiatif
seperti pemerkasaan sangkutan industri pensyarah serta memperluas perkongsian pengetahuan
antara pensyarah dan industri. Inisiatif-inisatif seperti ini akan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran para pensyarah berkaitan teknologi terkini dan amalan baik di industri. Seiring itu,
program-program pembangunan profesionalisme berterusan dalam strategi pendidikan dan
kepimpinan instruksional (ESIL – Educational Strategy and Instructional Leadership) akan sentiasa
dimantapkan agar penyampai PdP tetap efisien dan efektif walaupun negara berhadapan dengan
cabaran pandemik COVID-19.
Dalam menuju Misi dan Visi yang ditetapkan, semua warga Jabatan dan Institusi tanpa mengira
skim perkhidmatan perlu memahami dan menjiwai ekosistem TVET di Politeknik dan Kolej
Komuniti. Sehubungan itu, pendedahan secara berstruktur kepada semua warga berkaitan TVET
akan dirancang. Bagi memantapkan barisan kepimpinan, model pelan penggantian PPPT akan
diperkemaskan seterusnya program-program pembangunan dan pemantapan kepimpinan akan
dipergiatkan.
TUMPUAN 2021-2025
Mempergiat perkongsian pengetahuan antara pensyarah dan pengamal industri secara berterusan
serta memperkasakan pelan penggantian PPPT adalah tumpuan PSPKK Fasa Kedua. Kedua-dua
elemen ini perlu digerak secara bersepadu bagi memastikan kecemerlangan dan keberkesanan
pelan yang dirancang.
KEBERHASILAN
Hasil daripada inisiatif yang telah dirancang ini, diharapkan agar Jabatan dan Institusi dapat
melahirkan warga berketerampilan yang boleh diketengahkan, seterusnya berupaya mengharumkan
imej Politeknik dan Kolej Komuniti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Aspirasi PSPKK Fasa II (2021-2025) | 36