Page 44 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 44
Hala Tuju PSPKK Fasa II Teras 5
Memperkukuh
KOLABORASI
Industri, Komuniti dan Alumni
eras Kelima menjadi tonggak bagi membina jalinan serta jaringan dengan tiga pemegang taruh utama,
iaitu industri, komuniti dan alumni. Justeru, pelbagai strategi dirancang, secara khusus, agar segala
Tinisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat yang sebaiknya kepada kedua-dua belah pihak.
PELUANG DAN CABARAN
Senario ekonomi semasa yang mencabar telah memungkinkan lebih banyak ruang kerjasama dengan industri
mahupun agensi menerusi pelbagai program seperti latihan industri pelajar, program reskilling, upskilling
& cross-skilling, Panel Penasihat Industri, tawaran khidmat runding, Industry On Campus (IOC), sinergi
penyelidikan dan mempelbagai program berpotensi lain yang belum diteroka. Di samping itu, tadbir urus dan
sumber kewangan yang kukuh pula amat perlu dalam merancakkan pelaksanaan PSH khususnya bagi kursus
berintensifkan aplikasi teknologi terkini. Selain itu, usaha mengangkat TVET ke satu tahap yang lebih baik juga
perlu dipelopori melalui pelbagai inisiatif, dan antara lain adalah dengan memupuk budaya menyumbang balik
(giving back) kepada alma mater dalam kalangan alumni.
TUMPUAN 2021-2025
Memperluas kolaborasi merupakan tumpuan utama PSPKK Fasa Kedua. Melalui strategi yang diyakini,
tumpuan terhadap industri cenderung dituju kepada kolaborasi berimpak tinggi seperti program bersama
Multinational Corporation (MNC), Program CEO@PolyCC dan IOC. Manakala kelompok komuniti pula akan lebih
didampingi melalui program PSH berdasarkan hala tuju baharu PSH yang berstruktur dan berfokus kepada
kumpulan sasar bagi meningkatkan kemahiran dan sosioekonomi. Seterusnya, kerjasama erat dengan alumni
akan diperkukuh melalui pengurusan kewangan persatuan yang mantap, aktiviti promosi dan pemasaran serta
penstrukturan dan penjenamaan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti.
KEBERHASILAN
Diharapkan, pengukuhan kolaborasi Politeknik dan Kolej Komuniti dengan industri, komuniti dan alumni akan
menyumbang kepada ekosistem sosioekonomi negara yang kondusif, berdaya saing dan inklusif. Justeru,
kolaborasi berimpak tinggi dengan industri, pelaksanaan PSH berstruktur dan bersasar serta peranan alumni
menjadi misi penting institusi sebelum bergelar peneraju institusi TVET yang unggul.
SUPPORT TRUST ASSIST SHARE
HIGH IMPACT COLLABORATION
EXCHANGE INSPIRATION TEAMWORK SUCCESS
Aspirasi PSPKK Fasa II (2021-2025) | 38