Page 46 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 46

Hala Tuju PSPKK Fasa II







                                                         “Menganjak ke Arah



                                                                       Kecemerlangan”




                                                                uku  ini  dihasilkan  daripada  usaha  pemantauan  berterusan
                                                                yang  dilaksanakan  bagi  memastikan  peningkatan  mutu  serta
                                                          Bpenambahbaikan  yang  sewajarnya  dapat  dijalankan,  sama  ada
                                                           di peringkat Jabatan mahupun pengoperasian. Kejayaan pelaksanaan
                                                           PSPKK  bertunjangkan  komitmen  barisan  pengurusan  atasan  serta
                                                           warga yang kompeten yang kemudiannya diterjemah ke dalam Pelan
                                                           Tindakan Institusi, bagi menggarap setiap objektif strategik mengikut
                                                           perspektif  ditetapkan  melalui  kaedah  pengukuran  dan  petunjuk
                                                           prestasi yang bersesuaian.

                                                           Walau  bagaimanapun,  sepanjang  Fasa  Pertama  dilaksanakan,
                                                           beberapa perubahan dan perkara baharu timbul, yang secara langsung
                                                           atau tidak,  memberi kesan terhadap ekosistem TVET. Antara perkara
                                                           yang memberi impak besar ialah hala tuju baharu Kerajaan, perubahan
                                                           pengurusan  tertinggi  Kementerian,  dasar  Wawasan  Kemakmuran
                                                           Bersama  (WKB2030),  Rancangan  Malaysia  Ke-12  (RMKe-12)  dan
                                                           pandemik  COVID-19  yang  melanda  seluruh  dunia.  Perkara-perkara
                                                           seperti ini perlu difahami dan dinilai kesan serta impaknya terhadap
                                                           institusi, pelajar, program dan juga warga dalam merencana strategi
                                                           Politeknik dan Kolej Komuniti pasca 2020.


                                                           Penggabungan JPP dan JPKK pada 16 Mac 2018 telah membuktikan
                                                           bahawa  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  boleh  bergandingan  secara
                                                           harmoni dan mantap bersama-sama sebagai satu entiti peneraju institusi
                                                           TVET negara. Menuju ke arah Fasa Kedua, sinergi perancangan antara
                                                           pihak Jabatan dan Institusi  juga perlu dimuktamadkan agar naratif
                                                           yang dibangunkan bersifat holistik dan bersepadu. Dengan ini, segala
                                                           inisiatif,  program  dan  aktiviti  yang  dirancang  mampu  dilaksanakan
                                                           secara  realistik,  fleksibel  dan  memberi  manfaat  optimum.  Menuju
                                                           kecemerlangan  dalam  tempoh  lima  tahun  akan  datang,  diharapkan
                                                           agar  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  yakin  dan  tekal  berusaha  untuk
                                                           kekal relevan dalam melaksanakan fungsi dan peranan bagi mencapai
                                                           Misi dan Visi yang dihasratkan.



                                                                                        Aspirasi PSPKK Fasa II (2021-2025) |     40
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50