Page 43 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 43

Hala Tuju PSPKK Fasa II                                                                            Teras 4


                                                        Pemantapan


                 PROGRAM PENGAJIAN





                      eras Keempat  memberi  fokus  kepada  penawaran program  pengajian  TVET
                      yang  relevan,  pemantapan  kurikulum,  penyampaian  dan  pengiktirafan
                Tprogram  agar  lebih  bersedia  dengan  tuntutan  semasa  supaya  Politeknik
                dan Kolej Komuniti kekal mendepani cabaran persaingan global, krisis ekonomi,
                pandemik COVID-19 dan perubahan teknologi ke arah ekonomi digital.

                PELUANG DAN CABARAN
                Secara umumnya, pandemik COVID-19 telah memberi kesan  kepada pelaksanaan
                aktiviti pembelajaran, pengajaran dan pentaksiran di Politeknik dan Kolej Komuniti.
                Ia juga telah membuka peluang baharu kepada institusi meneroka kaedah kreatif dan
                inovatif dalam memantapkan pelaksanaan program pengajian. Dalam mengharungi
                persekitaran ekonomi yang semakin mencabar, beberapa inisiatif telah dirancang
                seperti membangun dan menjajarkan program pengajian berlandaskan tuntutan
                industri.  Kaedah  penyampaian  kurikulum  juga  sentiasa  dipelbagaikan  melalui
                teknologi digital bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kreatif
                dan  inovatif  dengan  bantuan  teknologi  terkini  seperti  penggunaan  Augmented
                Reality  (AR)  dan  Virtual  Reality  (VR).  Usaha  ke  arah  kecemerlangan  penilaian
                dan pentaksiran juga ditingkatkan bagi mencapai kualiti program pengajian yang
                diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.


                TUMPUAN 2021-2025
                Usaha  ke  arah  kecemerlangan  akan  didukung  oleh  inisiatif  pembangunan  /
                penjajaran  program  pengajian  dan  kursus  baharu,  serta  memperluas  integrasi
                penggunaan teknologi terkini dalam PdP. Selain itu, proses penaziran akademik
                ke atas institusi akan dipergiat bagi memastikan kepatuhan terhadap keperluan-
                keperluan  yang  ditetapkan.  Seterusnya,    pengiktirafan  agensi  luar  terhadap
                program pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti juga perlu diberi perhatian bagi
                meningkatkan keberkesanan mekanisma penyampaian dan memperkukuh kualiti
                program pengajian yang ditawarkan.

                KEBERHASILAN
                Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif serta langkah proaktif oleh pihak Jabatan dan
                Institusi, program pengajian TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti akan meneraju
                bidang tujahan tertentu, terkehadapan dan responsif  terhadap keperluan industri,
                berkualiti dan diiktiraf.



            37    Aspirasi PSPKK Fasa II (2021-2025)
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48