Page 17 - PSPKK 2018-2025
P. 17

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)


                      PERKEMBANGAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
                                               DALAM TVET DI MALAYSIA





              TVET negara bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya
              Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905.  Seterusnya pada tahun 1931, sekolah teknik ini diambil alih
              oleh Jabatan Pelajaran sehingga tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian
              Pelajaran Malaysia (KPM) ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan
              vokasional.  Pada tahun 1995, Bahagian Pengurusan Politeknik di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Teknikal
              (JPTek) bertanggungjawab mengurus politeknik.


              Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
              Bersatu  pada  tahun  1969  dengan  penubuhan  politeknik  pertama  iaitu  Politeknik  Ungku  Omar,  Ipoh.   Ini
              diperkukuh lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Pelaksanaan
              Pendidikan  (1979)  dan  Pelan  Industri  Kebangsaan  pada  tahun  1985-1995.   Keputusan  Jawatankuasa  Kabinet
              mengenai latihan (1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran
              program-program pengajian bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan,
              perdagangan dan perkhidmatan.


              Kolej Komuniti pula ditubuhkan melalui keputusan pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000 yang memperaku
              konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen.  Ini bertujuan untuk memberi
              laluan  alternatif  bagi  meningkatkan  kemahiran  dan  teknikal  kepada  lepasan  menengah.   Program  pengajian
              sepenuh masa yang ditawarkan adalah peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan perkhidmatan
              serta sijil kemahiran khas kepada pelajar kelainan upaya (OKU).  Selain itu, penubuhan kolej komuniti bertujuan
              untuk  meningkatkan  tahap  sosio-ekonomi  komuniti  setempat  melalui  kursus  pendek.  Kolej  komuniti  mula
              beroperasi dengan 12 buah kolej perintis pada tahun 2001 di bawah tanggungjawab JPTeK.


              Politeknik dan kolej komuniti yang kini berada di bawah KPT memainkan peranan yang besar dalam memberi
              pendidikan dan latihan sebagai usaha membangunkan sumber manusia negara.




















                                                                                                                                    8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22