Page 21 - PSPKK 2018-2025
P. 21

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)


                                               PENGGABUNGAN SEMULA
                              JABATAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI






             Pada  24  Mac  2017,  pihak  Jemaah  Menteri  telah  menimbang  dan  bersetuju  dengan  cadangan  penggabungan
             semula JPP dan JPKK dengan dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).  Asas
             pertimbangan kelulusan tersebut adalah bagi perkara-perkara berikut:


             i)   menangani isu dan cabaran pemerkasaan dan arus perdana TVET di KPT;
             ii)   menyokong inisiatif Lonjakan 3 dan 4 dalam PPPM (PT); dan
             iii)  meningkatkan keupayaan politeknik dan kolej komuniti mengikuti perkembangan teknologi global dan
                      permintaan industri.


             Penggabungan semula JPP dan JPKK membolehkan KPT melaksanakan transformasi melalui sinergi kedua-dua
             institusi yang menjadi pembekal utama TVET negara.  Selain itu, penubuhan JPPKK akan memastikan bekalan
             tenaga mahir tempatan yang berkualiti dan mencukupi dapat dihasilkan, ekonomi negara terus kompetitif seiring
             dengan  permintaan  industri  sepertimana  yang  digariskan  dalam  teras  strategik  pembangunan  TVET  di  bawah
             RMKe-11.   RMKe-11  telah  menetapkan  TVET  sebagai  salah  satu  pemacu  perubahan  pembangunan  ekonomi
             negara.  Namun, JPPKK perlu menangani proses transisi penggabungan terutamanya daripada aspek dasar,
             struktur birokrasi, beban dan kompleksiti pengoperasian, komunikasi dalaman, imej sepunya, autonomi tadbir
             peringkat institusi, dan agihan kepakaran tenaga pengajar.


             Oleh yang demikian, Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) dibangunkan dengan mengambil
             kira senario persekitaran yang kian mencabar, pencapaian terdahulu dan melonjak kepada satu paradigma baharu
             dengan merekayasa organisasi, budaya dan pemikiran setiap warga politeknik dan kolej komuniti.  Pelaksanaan
             pelan  ini  perlu  dinamik  dengan  penambahbaikan  berterusan  untuk  mencapai  impak  yang  optimum.   Justeru,
             JPPKK menyediakan pelan pemantauan prestasi bagi menilai pencapaian secara berkala dari semasa ke semasa.






















                                                                                                                                   12
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26